Monday 19 December 2011

                                           : COKLAT DAIM
 
: COKLAT CADBURY
Coklat ? sapa tak suka makan coklat ? Fine , saya penggemar coklat tegar . Coklat yang paling , paling , paling saya suka sekali ialah COKLAT DAIM AND CADBURY . Setiap kali ke Pulau Langkawi tak sah lah kalau tak habiskan duit di Haji Ismail Group . Sah-sah lah borong coklatt . Harga pun murah dan bebas cukai :))

Kat dalam coklat daim nie kan macam ada serpihan karamel yang agak crunchy dan sedikit taburan kekacang ( tak pasti sama ada kacang atau almond ) . Rasa nya yang sangat berbeza dan ini salah satu kelainan coklat Daim . Nyum3 !! Sedap gile !

Cadbury pun best gak . kalau saya minat makan cadbury almonds . Emm best nyew . Cadbury rasa nya manis-manis kan . Cadbury saya tak tau nak terang kan macam mana . Korang rasa sendiri laa yepp . Hehehe ... Saya pasti korang pernah makan kan . Sape lah yang tak pernah makan coklat nie kan .. =D

p/s : Korang pernah makan coklat tak ? Sedap tak coklat daim and cadbury ? Suka tak ? :D

Aku Suka Coklat. Korang?

Coklat tergolong dalam senarai 15 makanan dan minuman yang dilarang dijual di kantin sekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan. Larangan ini telah meletakkan coklat antara makanan yang tidak sihat yang diambil oleh masyarakat di negara ini. 

Berikutan dengan ini, sektor koko negara dan ahli-ahlinya telah menerima tempiasnya. Antara ahli yang menanggung kesannya ialah pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) Bumiputera. Pengusaha akan menanggung penurunan pendapatan dengan menanggung kos lebihan operasi berbanding keuntungan yang diperolehi.

Lembaga Koko Malaysia mendakwa coklat adalah makanan berkhasiat. Antaranya kebaikan coklat menggunakan lemak koko selain khasiatnya sebagai lemak baik menurunkan kolestrol. (Sumber)

Antara kebaikan coklat:

1. Coklat makanan berkhasiat.
2. Lemak koko dalam coklat merendahkan paras kolesterol.
3. Bahan anti-kerosakan gigi dalam coklat.
4. Coklat mudah cair dalam mulut.
5. Coklat mengurangkan risiko sakit jantung.
6. Coklat makanan penuh tenaga.

Saturday 17 December 2011

TIGA SEKAWAN

Amat, Abu dan Budin tersesat di dalam hutan sewaktu memburu. Mereka kemudiannya ditangkap oleh sekumpulan orang asli yang merupakan cannibal. Sewaktu dihadapkan ke ketua puak cannibal, ketua puak mengatakan mereka tidak akan dijadikan sup dan dimakan jika mereka lepas ujian yang akan diberikan. Mereka dikehendaki pergi kedalam hutan dan mencari 10 buah yang sama jenis. Lalu mereka pun pergi la ke dalam hutan bersama2 beberapa orang asli yang akan mempastikan mereka takkan lari.

Amat kembali dan membawa 10 biji buah epal. Ketua puak cannibal itu kemudiannya berkata "Kamu dikehendaki menyumbat kesemua buah2 tersebut kedalam lubang bontot kamu tanpa sebarang ekspressi diwajah kamu atau kamu akan dimakan!". Maka bermulalah sesi menyumbat buah epal ke dalam lubang bontot Amat, SATU!!! jerit semua orang-orang asli. Belum sempat epal kedua disumbat, Amat sudah menjerit kesakitan, lalu Amat diikat dan diletak dalam kawah besar untuk direbus jadi sup.


Ni la tiga sekawan.. Si Amat, Abu dan Budin.. Transformasi selepas kena bakar...

Abu pula kembali membawa 10 biji anggur. Ketua puak menerangkan perkara yang sama kepada Abu. Abu merasa takdelah susah mana. Dari jauh Ama tmendengar orang-orang asli menjerit SATU!!! DUA!!!! TIGA!!! EMPAT!!! LIMA!!! ENAM!!! TUJUH!!! LAPAN!!!!, tiba-tiba Amat terdengar Abu ketawa terbahak-bahak. Beberapa minit kemudian Abu diletakkan bersebelahan Amat dalam kawah besar.

"Weiii yang ko gelak apehal???...ko dah nak lepas tadi dah!!" bentak Amat

Abu jawab "takleh tahanla beb...tengah aku relax2 sumbat anggur tiba2 Budin balik bawak durian 10 bijik".



Pssttt.... Gila la 10 bijik durian tu.... camner nak tahan ha???