Monday 19 December 2011

Aku Suka Coklat. Korang?

Coklat tergolong dalam senarai 15 makanan dan minuman yang dilarang dijual di kantin sekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan. Larangan ini telah meletakkan coklat antara makanan yang tidak sihat yang diambil oleh masyarakat di negara ini. 

Berikutan dengan ini, sektor koko negara dan ahli-ahlinya telah menerima tempiasnya. Antara ahli yang menanggung kesannya ialah pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) Bumiputera. Pengusaha akan menanggung penurunan pendapatan dengan menanggung kos lebihan operasi berbanding keuntungan yang diperolehi.

Lembaga Koko Malaysia mendakwa coklat adalah makanan berkhasiat. Antaranya kebaikan coklat menggunakan lemak koko selain khasiatnya sebagai lemak baik menurunkan kolestrol. (Sumber)

Antara kebaikan coklat:

1. Coklat makanan berkhasiat.
2. Lemak koko dalam coklat merendahkan paras kolesterol.
3. Bahan anti-kerosakan gigi dalam coklat.
4. Coklat mudah cair dalam mulut.
5. Coklat mengurangkan risiko sakit jantung.
6. Coklat makanan penuh tenaga.

No comments:

Post a Comment